Social Icons

Monday, February 22, 2016

PERTANDINGAN REKACIPTA LOGO DAN TEMA


OBJEKTIF PERTANDINGAN

1. Mewujudkan logo dan tema bersempena Karnival 30 tahun PPAA yang sesuai dengan usia, visi dan misi PPAA


2. Menggalakkan keluarga PPAA untuk terlibat sama dalam menghasilkan karya yang kreatif dan inovatif bagi penganjuran Karnival 30 tahun PPAA 


3. Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada keluarga PPAA yang telah membangun bersama-sama PPAA selama 30 tahun


SYARAT PERTANDINGAN, SPESIFIKASI LOGO DAN TEMA 

1. Syarat Pertandingan


·                     Penyertaan adalah percuma;
·                     Pertandingan ini terbuka kepada warga PPAA yang terdiri daripada murid-murid, guru, kakitangan, PIBG dan ALUMNI PPAA;
·                     Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan walau bagaimanapun, hanya satu logo dan tema sahaja yang akan diterima sebagai pemenang;
·                     Penciptaan logo dan tema mestilah hasil karya asli peserta dan tidak dibenarkan mengandungi unsur-unsur yang boleh dianggap sensitif atau menyinggung mana-mana pihak;
·                     Setiap logo dan tema yang dihantar mestilah disertakan bersama keterangan mengenai rekacipta yang dihasilkan;
·                     Semua logo dan tema yang diterima beserta keterangan yang dihantar kepada Urusetia Pertandingan Rekacipta Logo dan Tema sempena Karnival 30 tahun PPAA akan menjadi hak milik PPAA dan tidak akan dikembalikan.

2. Spesifikasi Logo

·                     Reka bentuk hendaklah menggambarkan usia, visi dan misi PPAA yang terkini;
·                     Warna logo tidak lebih daripada tiga (3) warna;
·                     Reka bentuk hendaklah menarik dan kelihatan jelas pada latar belakang cerah atau gelap.

3. Spesifikasi Tema

·                     Tema yang dihasilkan mestilah bersesuaian dengan logo yang dicipta;
·                     Jumlah perkataan terhad kepada lima (5) patah perkataan sahaja;

PENYERTAAN

1. Penyertaan hendaklah dihantar dalam bentuk softcopy ke karnival30tahunppaa@gmail.com (dalam format yang boleh disunting seperti Adobe Photoshop/ Adobe Illustrator dan dalam format gambar JPEG) dengan tajuk: PERTANDINGAN REKACIPTA LOGO DAN TEMA;

2. Maklumat peserta perlu dinyatakan dengan jelas pada email yang dihantar seperti format berikut:

Nama peserta:
Nombor Kad Pengenalan:
Nombor telefon:
Email:
Bilangan karya yang dihasilkan:
*bagi peserta yang menghantar lebih dari satu (1) karya, kesemua hasil karya perlu dihantar dalam satu (1) email sahaja.

3. Segala kos merekacipta logo dan tema adalah ditanggung oleh peserta;


4. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Mac 2016 (Khamis). Penyertaan yang diterima selepas 31 Mac 2016 tidak akan dilayan.


KAEDAH PENILAIAN


1. Pertandingan akan diadili sepenuhnya oleh Panel Juri yang dilantik oleh Urusetia Karnival 30 tahun PPAA;

2. Panel Juri berhak membatalkan penyertaan sekiranya tidak mematuhi syarat dan terma yang ditetapkan;


3. Keputusan yang ditetapkan oleh Panel Juri adalah MUKTAMAD.

No comments:

Post a Comment

 

HUBUNGI KAMI

Sebarang pertanyaan sila hubungi kami di;

JK Karnival 30 Tahun Al-Amin
No 271-A, Jalan Bandar 11, 53100 Taman Melawati, W.P. Kuala Lumpur
Telefon: 03-4105 3703| Faks: 03-4106 7552
Email: karnival30tahunppaa@gmail.com


DI URUSKAN OLEH

Al Amin Edu Oasis Sdn Bhd
No 271-A, Jalan Bandar 11,
53100, Taman Melawati,
W.P. Kuala Lumpur
No Telefon: 03-4105 3703
Email: eduoasis2013@gmail.com
 
Blogger Templates